LPT

LPT

Sunday 23 August 2015

LUKISAN R.C

Pernahkah kita mendengar istilah Lukisan R.C ?  Apakah yang di maksudkan dengan Lukisan R.C? Siapakah yang menghasilkan Lukisan R.C ? Apakah yang terdapat di dalam sesuatu Lukisan R.C ?

Pada paparan yang lepas penulis berkongsi serba sedikit berkenaan dengan topik konkrit. Secara asasnya Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan campuran di antara simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan.

Pada paparan kali ini penulis akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan konkrit bertetulang. Apakah yang di maksudkan dengan konkrit bertetulang? Jika di lihat di mana-mana tapak pembinaan, besi tetulang dan bancuhan konkrit tidak dapat di pisahkan di dalam pembinaan sesuatu struktur pembinaan.Gabungan kedua-dua bahan pembinaan ini akan membentuk satu struktur pembinaan sebagaimana yang di tunjukkan di dalam pelan pembinaan. (Construction Drawing). Bidang pembinaan adalah sesuatu yang amat unik kerana tindakan manusia yang menterjemahkan sesuatu kehendak di atas kertas contohnya pembinaan rumah kepada bentuk fizikal di atas muka bumi yang melibatkan kerja-kerja konkrit bertetulang.

Secara asasnya Konkrit Bertetulang merupakan satu gabungan di antara konkrit dan besi tetulang yang akan membentuk suatu struktur pembinaan yang padu di dalam sesuatu projek pembinaan. Konkrit terdiri daripada pelbagai gred seperti G20,G25,G30,G35 & G40 dengan kekuatan masing-masing pada hari yang ke -7 dan hari ke- 28 selepas konkrit. Manakala besi tetulang samada dari jenis Mild Steel Bar (R) ataupun High Tesile Bar (T) terdiri daripada pelbagai saiz seperti 6mm,8mm,10mm, 12mm,16mm,  20mm,25mm & 32mm yang masing-masing mempunyai kekuatan tegasan 250N/mm2 dan 460N/mm2. 

LUKISAN R.C

Lukisan R.C adalah istilah yang biasa di guna pakai di tapak bina. Ianya amat penting di sesuatu tapak projek pembinaan kerana di sinilah sebenarnya bermula sesuatu projek pembinaan sebelum di terjemahkan di tapak bina. Lukisan R.C juga di kenali sebagai Lukisan Struktur (Structural Drawing). 

Apakah Lukisan R.C..?
Perhatikan gambarajah di bawah :-

                                       Gambar 1 : Contoh Lukisan R.C

Gambar 1 menunjukkan salah satu contoh Lukisan R.C . Ianya bermaksud bahawa sesuatu lukisan yang menunjukkan perincian besi tetulang di dalam sesuatu struktur bangunan. Sebagaimana yang telah di terangkan dalam dalam paparan terdahulu, komponen-komponen struktur adalah terdiri daripada pad footing, stump, beam, slab, column dan sebagainya lagi. Setiap komponen struktur berkenaan akan mempunyai perincian besi tetulang masing-masig dan ianya akan berbeza pada setiap komponen bergantung kepada pengiraan dan analisis Jurutera Rekabentuk.


Siapakah yang menghasilkan Lukisan R.C ini ...??  

Lukisan R.C ini di hasilkan oleh Jurutera Rekabentuk ( Design Engineer ) berpandukan kepada Lukisan-lukisan Arkiter sesuatu projek. Jurutera akan membuat pengiraan dan analisis struktur samada secara manual ataupun menggunakan perisian rekabentuk tertentu untuk menghasilkan rekabentuk struktur. Perlu di ingatkan bahawa pihak jurutera tidak sama sekali mengubah sesuatu rekabentuk asal daripada arkitek tetapi apa yang di maksudkan adalah jurutera berperanan untuk mengenal pasti dan menyemak bahawa sesuatu rekabentuk daripada pihak arkitek selamat di gunakan ataupun tidak. Jurutera Rekabentuk akan mengambil kira kesemua faktor di dalam rekabentuknya . Antaranya adalah beban hidup,beban mati, beban angin, faktor keselamatan (factor safety), persekitaran projek, teknologi pembinaan dan pelbagai faktor yang di fikirkan perlu. Jurutera Rekabentuk akan merujuk kepada kod-kod etika rekabentuk yang telah di tetapkan seperti contoh perlu merujuk kepada BS8110 & CP114 untuk kerja-kerja rekabentuk konkrit, BS5950 untuk kerja-kerja rekabentuk struktur besi dan MS544 untuk kerja-kerja yang melibatkan perkayuan contohnya kekuda kayu. Setiap faktor dan elemen akan di ambil kira dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk struktur sebelum terhasilnya Lukisan Struktur. Setiap rekabentuk struktur yang di hasilkan hendaklah di semak dan di akui sah selamat oleh seorang Jurutera Profesional ( Ir ) sebelum sesuatu Lukisan R.C di keluarkan. 

Apakah yang terdapat di dalam sesuatu Lukisan R.C ? 

Lazimnya di dalam sesuatu Lukisan R.C, perkara asas yang dapat di lihat adalah pelan susun atur sesuatu struktur samada susunatur pad footing, ground beam, cloumn dan sebagainya lagi. Pada pelan susun atur mengandungi jarak-jarak dan ukuran-ukuran tertentu sesuatu struktur. Dengan mengambil contoh pembinaan sebuah rumah, pelan susunatur ini amat penting kerana di sinilah bermulanya kerja-kerja pembinaan melalui proses pegging di tapak bina. 

Pelan susunatur  sesuatu struktur juga akan menunjukkan keratan-keratan tertentu seperti X-X dan Y-Y ( Section X-X & Section Y-Y ). Keratan-keratan ini akan menunjukkan beberapa perincian bahagian komponen struktur. Dengan mengambil contoh pelan susun atur beam, beberapa perician akan di tunjukkan di dalam lukisan berkenaan, antaranya adalah : -
1) Ukuran panjang keseluruhan beam
2) Label beam, contoh : GB1,GB2,GB3 dan sebagainya.
3) Keratan rentas ( section ) beam ( Rujuk Gambar 1 )
4) Saiz beam, contoh : GB1 150mmx450mm, GB2;200mmx60mm.
5) Jenis dan saiz besi tetulang, contoh 2T20, R10-200 yang masing-masing mempunyai maksud tertentu. Gambar 1 boleh memberikan gambaran terhadap penerangan ini.
6) Kedudukan tiang (column )
7) Kedalaman penggalian (biasanya pada pelan susun atur pad footing & pile cap )
8) Aras siap konkrit.

Senarai di atas adalah beberapa perkara yang terdapat di dalam pelan susun atur Lukisan R.C. Mungki penulis tertinggal beberapa lagi item yang boleh di kongsikan oleh para pembaca melalui ruangan komen di bawah.

Bagaimana mengira kuantiti besi tetulang di tapak bina ?

Pernah dengar istilah buka order ??? 

     Jadual 1 : Weight Table 

Apa kaitan Jadual 1 dengan Buka Order????... 

Paparan akan datang akan di bincangkan berkenaan dengan Buka Order dan Jadual 1.



Sunday 16 August 2015

PENGENALAN KEPADA KONKRIT



    Gambar 1 : Kerja-kerja konkrit

Sebagaimana diketahui, sektor pembinaan tidak boleh di pisahkan dengan kerja-kerja konkrit.  Oleh sebab yang demikian sebagai pendatang baru dalam bidang pembinaan, pemahaman kepada istilah konkrit adalah amat penting. Setiap orang walaupung tidak berkecimpung di dalam bidang ini namun gambar di bawah pastinya mudah di lihat keadaanya di setiap tempat yang terlibat dengan pembinaan. 

              
    Gambar 2 : Kerja-kerja bancuhan konkrit secara manual (concrete  in-situ )

Secara asasnya Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan campuran di antara simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan.

Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. 

Oleh sebab yang demikian, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate pembinaan (biasanya batu kelikir dan pasir) dan air.

Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu.
Konkrit lebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di bumi ini. Ia digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan, struktur meletak kereta, dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar, pagar, dan tiang.

KOMPONEN ASAS KONKRIT

Konkrit secara asasnya terbentuk  daripada campuran tiga bahan utama iaitu simen, batu baur ( aggregates ) dan air.
 
SIMEN

Simen yang biasa di gunakan adalah dari jenis Simen Portland. Ia merupakan bahan asas bagi konkrit, mortar pembinaan dan plaster. Bahan ini mudah di dapati di mana-mana kedai yang menjual barangan binaan ( Kedai Hardware ). Jurutera British, Joseph Aspdin telah mepaten simen Portland pada tahun 1824, dan ia dinamakan sempena tebing batu kapur di Kepulauan Portland Isle of Portland di England disebabkan warnanya, menyerupai batu yang dikuari di situ. Ia terdiri daripada campuran kalsium oksida, silikon dioksida dan aluminum okside. Simen Portlanddan bahan seumpamanya dihasilkan dengan memanaskan batukapur (sumber kalsium) dengan selut dan mengiling bahan ini (dikenali sebagai klinker), dengan sumber sulfate (biasanya gypsum). Apabila bercampur air serbuk yang terhasil akan membentuk hidrate pepejal selepas tempoh tertentu.

                            Gambar 3 : Ordinary Portland Cement          

AIR

Air boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit. Nisbah air berbanding simen (w/c ratio - water cement ratio) merupakan faktor utama menentukan kekuatan konkrit. Nisbah w/c akan menghasilkan konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah w/c lebih tinggi menghasilkan konkrit dengan kekuatan yang kurang. Paste simen merupakan bahan yang terbentuk hasil campuran air dan bahan bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat atau sokongan. Kelenturan atau kelikatannya ditentukan oleh kandungan air, jumlah kandungan pes simen dalam campuran keseluruhan dan ciri-ciri fizikal (saiz maksima, bentuk dan gred) agregats.

 

AGREGATES

                                           Gambar 4 : Aggregates

Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk mendapatkan penyelesaian yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregats halus dan kasar digunakan bagi membentuk sebahagian besar campuran konkrit. Pasir, anak batu dan batu kelikir merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan ini. Bagaimanapun, ia semakin menjadi kebiasaan bagi agregat dikitar semula (dari sisa pembinaan, perobohan dan pembongkaran) untuk digunakan sebagai sebahagian penggantian agregat semulajadi, sementara sebahagian agregat bahan sampingan industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas dingin udara (air-cooled blast furnace) dan abu dasar adalah juga dibenarkan.

Batu perhiasan seperti quartzite, anak batu sungai atau serpihan kaca kadang kala ditambah kepada permukaan konkrit sebagai perapian "agregat terdedah" akhir, popular dikalangan pereka penghias laman.**


**Sumber Rujukan : Perpustakaan JKR Malaysia, Tingkat 16, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

 

Thursday 13 August 2015

BESI TETULANG HIGH TENSILE - T@Y

Besi tetulang juga di panggil sebagai rebar. Terdapat pelbagai saiz  T-Rebar yang di gunakan dalam bidang pembinaan. Paparan kali ini di kongsikan adalah berkenaan dengan T-Rebar sebagaimana gambar-gambar yang di sertakan di bawah. :-








Perkongsian akan datang akan di terangkan dengan lebih terperinci berkenaan dengan T-Rebar yang mana akan meliputi beberapa ciri seperti saiz, kekuatan rebar, bilangan rebar dan pelbagai elemen lagi yang akan di kongsikan bersama.

Wednesday 12 August 2015

ASAS PEMBINAAN BANGUNAN






1) Asas Pad ( Pad Footing )
2) Stump
3) Rasuk Bawah ( Ground Floor Beam )
PENGENALAN STRUKTUR, REKABENTUK & KOMPONEN BANGUNAN**

1.0 STRUKTUR ( Structure )

Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan.

2.0 REKABENTUK ( Design )

Sebelum sesuatu bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya. Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur itu. Beban yang dikenakan sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaan berbeza dan ini memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang hendak dibina. Proses rekabentuk struktur ini boleh dibahagikan kepadadua (2) peringkat iaitu:
(i) Analisis Struktur
(i i) Rekabentuk Struktur


2.1.2 Analisis Struktur

Analisis struktur dibuat untuk mengetahui daya yang bertindak ke atas bahagian struktur. Daya yang sering digunakan ialah daya momen dan daya ricih. Proses ini melibatkan perkiraan dan formula-formula yang rumit dan ia memerlukan tenaga jurutera yang berpengalaman serta peralatan komputer untuk mempercepatkan proses ini. Penggunaan pakej-pakej penyelesaian secara berkomputer ini walaubagaimanapun perlulah diguna dengan memahami konsep asas dan teori analisa struktur bagi mengelakkan hasil perkiraan yang tepat dari segi proses tetapi salah dari segi input dan parameter rekabentuk.

2.1.3 Rekabentuk Struktur

Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-daya diperolehi dari analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen struktur serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang) . Rekabentuk dilakukan berpandukan kod(kanun) amalan yang diperakukan. Di negara ini kita masih menggunakan secara meluas kod-kod amalan negara maju terutama kod Piawaiwan British. Namun begitu kod-kod US, Jepun, German dan Australia juga digenakan oleh mereka yang lebih mahir dengan kod-kod tersebut. Perkembangan kejuruteraan dari masa,ke semasa menyebabkan piawaian yang dipakai dikemaskini oleh pihak yang mengeluarkan dan ini mengakibatkan perubahan kepada kaedah dan tuntutan rekabentuk kini tidak dapat dielakan. Khidmat Jurutera yang mahir serta penggunaan komputer adalah keperluan asas dalam membuat rekabentuk struktur dekad ini. Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum ujudnya komputer.

3.0 KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR

3.1 RASUK ( Beam )

Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat.

3.1.2 Jenis-Jenis rasuk
a) Rasuk Utama (Main Beam)
Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang.

b) Rasuk Kedua (Secondary Beam)
Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut.

c) Rasuk pengikat (Tie Beam)
Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.

d) Rasuk tepi (Edge Beam)
Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:-
a) Rasuk tupang mudah
b) Rasuk Selanjar..
c) Rasuk julur.
d) Rasuk Kerangka


4.0 PAPAK (LANTAI) ( Slab )

Elemen kepingan mendatar yang menanggung beban-beban lantai dan bumbung terdiri dari jenis tupang mudah, selanjar dan julur.
a) Papak rentangan sehala
Bertetulang untuk menanggung beban merentasi rentang yang pendek.

b) Papak dua hala
Bertetulang untuk menanggung beban secara dua hala kepada penyokong keempat-empat sisinya.

c) Papak Pipih
Papak lantainya ditanggung terus oleh tiang-tiang tanpa rasuk.


5.0 DINDING KONKRIT ( Cocrete Wall )

Elemen kepingan tegak yang mungkin menanggung beban tegak atau mendatar. Dinding boleh jadi dirembat atau tidak dirembat dan pendek atau lansing.
a) Dinding konkrit tetulang
Tetulangnya direkabentuk untuk menanggung beban.

b) Dinding konkrit biasa
Tetulangnya tidak diambil kira dalam hitungan kekuatannya. Tetulang diletakan bagi mencegah keretakan sahaja.

c) Dinding ricih
Menanggung beban satahan(plane) mendatar dan tegak (in plane loads) yang disebabkan oleh angin dan digunakan untuk merembat bangunan.Â


6.0 TANGGA ( Staircase )

Tangga merupakan papak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu tingkat ke satu tingkat yang lain.6.1 Jenis-jenis tangga
a) Rentangan Lintang Tangga ini amnya disusun untuk merentang antara dinding-dinding atau rasuk-rasuk tepi. Tetulang utama yang diperlukan biasanya mengandungi satu bar bagi satu anak tangga. Keluli agihan diletakan sepanjang larian tangga.
b) Rentangan memanjang
Tangga merentang antara penyokong-penyokong di atas dan di bawah larian. Penyokong ini samada rasuk, dinding atau papak pelantarnya.


7.0 TIANG  ( Column )

Komponen tegak yang menanggung beban paksi vang diagihkan oleh rasuk.

7.1 Jenis-jenis tiang
a) Di rembat
Terjadi pada bangunan~bangunan yang beban mendatarnya ditanggung oleh dinding ricih atau lainlain bentuk rembatan.

b) Tak di rembat
Terjadi pada bangunan-bangunan kerangka tegar di mana beban mendatar ditanggung secara lenturan oleh rasuk dan tiang.

c) Pendek
Tiang ini gagal secara pecahan konkritnya.

d) Langsing Momen yang disebabkan oleh pesongan akibat daripada ledingan hendaklah diambil kira.

8.0 ASAS ( Footing )

Komponen ini memindahkan dan menyebarkan beban keseluruhan struktur kepada tanah.
8.1 Jenis-Jenis Asas
a) Penapak terasing (Pad footing)
Penapak terasing di bawah tiap-tiap tiang.

b) Penapak Jalur (Strip footing)
Penapak selanjar di bawah dinding atau sebaris tiang.

c) Penapak bergabung
Menanggung dua tiang ataulebih.

d) Asas rakit dan lantai bawah tanah
 

Asas bergabung yang menanggung keseluruhan bangunan.
e) Asas Cerucuk
Ditanggung oleh cerucuk geseran atau galas hujung. Cerucuknya boleh jadi dari pratuang (precast) atau tuang di situ (cast in-situ).


9.0 TETULANG ( Rebar )

Dalam kes struktur yang dibina dari konkrit bertetulang, bar-bar keluli diletakan di dalam k
onkrit tetulang untuk menahan daya tegangan dan juga untuk membantu menanggung daya mampatan dalam struktur. Bar tetulang juga merahan ricih dan mengelakan keretakan berlaku.
9.1 jenis-jenis bar
a) R Bar bulat keluli sederhana (Mild Steel)
b)Y Bar berbunga alah tinggi berkekuatan ikatan tinggi (High Tensile

** Sumber Rujukan : Perpustakaan JKR Malaysia, Tingkat 16 Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin , Kuala Lumpur.