LPT

LPT

Sunday 23 August 2015

LUKISAN R.C

Pernahkah kita mendengar istilah Lukisan R.C ?  Apakah yang di maksudkan dengan Lukisan R.C? Siapakah yang menghasilkan Lukisan R.C ? Apakah yang terdapat di dalam sesuatu Lukisan R.C ?

Pada paparan yang lepas penulis berkongsi serba sedikit berkenaan dengan topik konkrit. Secara asasnya Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan campuran di antara simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan.

Pada paparan kali ini penulis akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan konkrit bertetulang. Apakah yang di maksudkan dengan konkrit bertetulang? Jika di lihat di mana-mana tapak pembinaan, besi tetulang dan bancuhan konkrit tidak dapat di pisahkan di dalam pembinaan sesuatu struktur pembinaan.Gabungan kedua-dua bahan pembinaan ini akan membentuk satu struktur pembinaan sebagaimana yang di tunjukkan di dalam pelan pembinaan. (Construction Drawing). Bidang pembinaan adalah sesuatu yang amat unik kerana tindakan manusia yang menterjemahkan sesuatu kehendak di atas kertas contohnya pembinaan rumah kepada bentuk fizikal di atas muka bumi yang melibatkan kerja-kerja konkrit bertetulang.

Secara asasnya Konkrit Bertetulang merupakan satu gabungan di antara konkrit dan besi tetulang yang akan membentuk suatu struktur pembinaan yang padu di dalam sesuatu projek pembinaan. Konkrit terdiri daripada pelbagai gred seperti G20,G25,G30,G35 & G40 dengan kekuatan masing-masing pada hari yang ke -7 dan hari ke- 28 selepas konkrit. Manakala besi tetulang samada dari jenis Mild Steel Bar (R) ataupun High Tesile Bar (T) terdiri daripada pelbagai saiz seperti 6mm,8mm,10mm, 12mm,16mm,  20mm,25mm & 32mm yang masing-masing mempunyai kekuatan tegasan 250N/mm2 dan 460N/mm2. 

LUKISAN R.C

Lukisan R.C adalah istilah yang biasa di guna pakai di tapak bina. Ianya amat penting di sesuatu tapak projek pembinaan kerana di sinilah sebenarnya bermula sesuatu projek pembinaan sebelum di terjemahkan di tapak bina. Lukisan R.C juga di kenali sebagai Lukisan Struktur (Structural Drawing). 

Apakah Lukisan R.C..?
Perhatikan gambarajah di bawah :-

                                       Gambar 1 : Contoh Lukisan R.C

Gambar 1 menunjukkan salah satu contoh Lukisan R.C . Ianya bermaksud bahawa sesuatu lukisan yang menunjukkan perincian besi tetulang di dalam sesuatu struktur bangunan. Sebagaimana yang telah di terangkan dalam dalam paparan terdahulu, komponen-komponen struktur adalah terdiri daripada pad footing, stump, beam, slab, column dan sebagainya lagi. Setiap komponen struktur berkenaan akan mempunyai perincian besi tetulang masing-masig dan ianya akan berbeza pada setiap komponen bergantung kepada pengiraan dan analisis Jurutera Rekabentuk.


Siapakah yang menghasilkan Lukisan R.C ini ...??  

Lukisan R.C ini di hasilkan oleh Jurutera Rekabentuk ( Design Engineer ) berpandukan kepada Lukisan-lukisan Arkiter sesuatu projek. Jurutera akan membuat pengiraan dan analisis struktur samada secara manual ataupun menggunakan perisian rekabentuk tertentu untuk menghasilkan rekabentuk struktur. Perlu di ingatkan bahawa pihak jurutera tidak sama sekali mengubah sesuatu rekabentuk asal daripada arkitek tetapi apa yang di maksudkan adalah jurutera berperanan untuk mengenal pasti dan menyemak bahawa sesuatu rekabentuk daripada pihak arkitek selamat di gunakan ataupun tidak. Jurutera Rekabentuk akan mengambil kira kesemua faktor di dalam rekabentuknya . Antaranya adalah beban hidup,beban mati, beban angin, faktor keselamatan (factor safety), persekitaran projek, teknologi pembinaan dan pelbagai faktor yang di fikirkan perlu. Jurutera Rekabentuk akan merujuk kepada kod-kod etika rekabentuk yang telah di tetapkan seperti contoh perlu merujuk kepada BS8110 & CP114 untuk kerja-kerja rekabentuk konkrit, BS5950 untuk kerja-kerja rekabentuk struktur besi dan MS544 untuk kerja-kerja yang melibatkan perkayuan contohnya kekuda kayu. Setiap faktor dan elemen akan di ambil kira dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk struktur sebelum terhasilnya Lukisan Struktur. Setiap rekabentuk struktur yang di hasilkan hendaklah di semak dan di akui sah selamat oleh seorang Jurutera Profesional ( Ir ) sebelum sesuatu Lukisan R.C di keluarkan. 

Apakah yang terdapat di dalam sesuatu Lukisan R.C ? 

Lazimnya di dalam sesuatu Lukisan R.C, perkara asas yang dapat di lihat adalah pelan susun atur sesuatu struktur samada susunatur pad footing, ground beam, cloumn dan sebagainya lagi. Pada pelan susun atur mengandungi jarak-jarak dan ukuran-ukuran tertentu sesuatu struktur. Dengan mengambil contoh pembinaan sebuah rumah, pelan susunatur ini amat penting kerana di sinilah bermulanya kerja-kerja pembinaan melalui proses pegging di tapak bina. 

Pelan susunatur  sesuatu struktur juga akan menunjukkan keratan-keratan tertentu seperti X-X dan Y-Y ( Section X-X & Section Y-Y ). Keratan-keratan ini akan menunjukkan beberapa perincian bahagian komponen struktur. Dengan mengambil contoh pelan susun atur beam, beberapa perician akan di tunjukkan di dalam lukisan berkenaan, antaranya adalah : -
1) Ukuran panjang keseluruhan beam
2) Label beam, contoh : GB1,GB2,GB3 dan sebagainya.
3) Keratan rentas ( section ) beam ( Rujuk Gambar 1 )
4) Saiz beam, contoh : GB1 150mmx450mm, GB2;200mmx60mm.
5) Jenis dan saiz besi tetulang, contoh 2T20, R10-200 yang masing-masing mempunyai maksud tertentu. Gambar 1 boleh memberikan gambaran terhadap penerangan ini.
6) Kedudukan tiang (column )
7) Kedalaman penggalian (biasanya pada pelan susun atur pad footing & pile cap )
8) Aras siap konkrit.

Senarai di atas adalah beberapa perkara yang terdapat di dalam pelan susun atur Lukisan R.C. Mungki penulis tertinggal beberapa lagi item yang boleh di kongsikan oleh para pembaca melalui ruangan komen di bawah.

Bagaimana mengira kuantiti besi tetulang di tapak bina ?

Pernah dengar istilah buka order ??? 

     Jadual 1 : Weight Table 

Apa kaitan Jadual 1 dengan Buka Order????... 

Paparan akan datang akan di bincangkan berkenaan dengan Buka Order dan Jadual 1.



No comments:

Post a Comment