LPT

LPT

Friday, 6 October 2017

SAIZ LUKISAN BINAAN

Sebagai beginner dalam bidang pembinaan, lukisan binaan adalah salah satu komponen yang amat penting perlu di kenali oleh setiap personel binaan. Selama ini kita hanya mengenali kertas A4 sahaja di alam persekolahan. Namun begitu bagi mereka yang pernah mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan di peringkat sekolah khususnya di sekolah menengah teknik dan vokasional, jenis-jenis dan saiz lukisan binaan bukan lagi asing bagi mereka. Pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca berkenaan dengan beberapa jenis saiz lukisan binaan yang perlu di ketahui oleh setiap personel binaan. Walaupun nampak remeh tetapi ianya amat penting untuk di ketahui. Pengalaman penulis semasa menghadiri temuduga di salah sebuah syarikat jurutera perunding pernah bertanyakan berkenaan dengan saiz-saiz lukisan binaan. Gambarajah yang di sertakan ini bolehlah sedikit sebanyak membantu pembaca mengetahuinya. Dalam dunia pembinaan saiz-saiz kertas lukisan binaan yang biasa di gunakan adalah A3, A1 dan A0. 



Thursday, 5 October 2017

SKALA

Skala amat penting pada satu-satu lukisan binaan. Ianya menentukan jarak sebenar kerja-kerja di tapak yang di tunjukkan di dalam lukisan binaan. Skala adalah nisbah ukuran di antara lukisan binaan dengan ukuran sebenar di tapak. Ianya di kecilkan di atas kertas bagi memudahkan penyelia-penyelia projek serta kepala tukang membuat rujukan sebelum memulakan sesuatu kerja. Skala yang biasa di gunakan di lukisan binaan adalah seperti  1:100, 1:75, 1;50 1: 25, 1:20 dan pelbagai lagi dan biasanya unit yang di gunakan adalah dalam unit milimeter (mm). Apakah maksud 1:100? Maksudnya adalah 1mm di atas kertas bersamaan dengan 100mm di tapak bina. Penggunaan nisbah pada skala bergantung kepada jururekabentuk dari arkitek ataupun jurutera. Begitu juga nilai-nilai yang lain. Gambarajah yang di sertakan ini boleh menerangkan serba sedikit berkaitan dengan pengiraan skala di sesuatu lukisan binaan.