Skala amat penting pada satu-satu lukisan binaan. Ianya menentukan jarak sebenar kerja-kerja di tapak yang di tunjukkan di dalam lukisan binaan. Skala adalah nisbah ukuran di antara lukisan binaan dengan ukuran sebenar di tapak. Ianya di kecilkan di atas kertas bagi memudahkan penyelia-penyelia projek serta kepala tukang membuat rujukan sebelum memulakan sesuatu kerja. Skala yang biasa di gunakan di lukisan binaan adalah seperti 1:100, 1:75, 1;50 1: 25, 1:20 dan pelbagai lagi dan biasanya unit yang di gunakan adalah dalam unit milimeter (mm). Apakah maksud 1:100? Maksudnya adalah 1mm di atas kertas bersamaan dengan 100mm di tapak bina. Penggunaan nisbah pada skala bergantung kepada jururekabentuk dari arkitek ataupun jurutera. Begitu juga nilai-nilai yang lain. Gambarajah yang di sertakan ini boleh menerangkan serba sedikit berkaitan dengan pengiraan skala di sesuatu lukisan binaan.
No comments:
Post a Comment